Tuesday 7 June 2011

cadangan/tambahan dari Pn Nurol

"SARAH, janganlah ganggu ibu hendak memasak. Pergilah bermain dengan kakak," kata ibu, memujuk adik bongsuku. Ibu memandangku dengan muka yang berkerut. Aku bangun dengan malas.
"Sarah, sudahlah! Mari tengok televisyen dengan kakak. Ada rancangan kartun Mickey Mouse ni." Sarah segera berpaling dan berlari ke arah televisyen.
"Mana Mickey kakak?" Wajahnya yang masam tadi berubah menjadi ceria. Dia memang sukakan rancangan kartun Mickey Mouse. Ibu tersenyum kelegaan. Akhirnya adik tidak menganggunya memasak.
"Tu! Mari duduk sebelah ka ... ." Kring! Kring! Belum sempat aku menghabuskan kata-kataku, telefon rumah kami berdering. Ibu memuncungkan bibirnya sebagai isyarat supaya aku menjawab panggilan itu. Aku berlari untuk menjawabnya.
"Assalamualaikum!" sapa satu suara garau di hujung telefon.
"Waalaikumsalam, ayah!" Aku menjawab salam ayah dengan riang. Setelah seminggu ayah berada di Thailand untuk menyelesaikan urusan perniagaannya di Bangkok, hari ini baru dapat ku mendengar suaranya.
" Mia apa khabar? Ibu, Aiman dan Sarah sihat?" tanya ayah seperti biasa jika kami berjauhan.
"Kami semua sihat, Alhamdulillah. Ayah sihat? Ayah belum sarapan kah? Bila ayah boleh pulang ke sini?"
"Ayah sihat, ayah baru bersarapan tadi. Insyaallah, lusa ayah balik. Sebenarnya ayah telefon ni mahu bercakap dengan ibu."
"Oh, maaf. Sekejap kakak panggilkan ibu. Ibu sedang memasak." Aku segera letakkan telefon di atas meja dan menuju ke dapur.
"Ibu, ayah hendak bercakap dengan ibu. Ibu pergilah. Biar kakak gorengkan ikan ni," kataku sambil menghulurkan tangan mencapai sudip. Ibu hanya mengangguk dan berlalu. Aku senyum kecil melihat gelagat ibu yang tergopoh-gopoh berjalan ke arah telefon.Nampaknya ibu sangat rindukan ayah. Kedengaran bermacam-macam soalan yang diajukan oleh ibu kepada ayah.


Nota-
  1. struktur ayat kemas dan cantik. Menarik diserikan dengan dialog.
  2. Selitkan elemen tarbiah.
  3. Teruskan menulis!

cadangan/tambahan dari Pn Nurol

.Perancangan Novel
-15 bab, 100 m/s
-saiz A4 single spacing

2.Ringkasan Cerita
Mia(wtk utama) trpaksa brdepan dgan bhya krna ksilapn ayahnya
.Bapanya bermusuhan dengan sekumpulan gengster di Thailand dan sedang mengejar keluarga Mia di Malaysia.Mia bkrja smbilan di Kedah. Stlah mlalui plbgai rntangan, dia tdklgi mprcayai keluarganya, Mereka tggal di rumah kenalan ibunya.

3.Konflik
-bapa Mia telah menipu gegster di Thailand kerana syarikatnya hampir gulung tikar
-stlah bpanya pulang ke Malaysia, geng itu datang ke rumah dan menggeledah rumah mereka
-setelah insiden yang hampir meragut nyawa adik bongsu Mia, mereka segera berangkat ke Kedah.
-mereka kekurangan duit dan tiada tempat tinggal di sana. Puan Suki mencadangkan supaya mereka menetap di rumah rakan lamanya.
-mia bekerja sambilan di sana untuk membantu meyara keluarga

Nota Nurulsham-
  1. (Konflik menarik. saya ingin baca cerita ini. Kepada penulis, perlu diingatkan, cerita begini perlu banyak buat kajian kerana latar tempatnya bukan di Malaysia. Anda harus halus menceritakan keadaan sekitar seperti cuaca, budaya dan sebagainya.)
  2. Masukan elemen tarbiah di sini.

4.Masalah Kecil
-

5.Watak-watak
-Mia (HEROIN)
-Zack (hero)
-Latip (bapa Mia)
-Suki (mak Mia)

6.Quotes
-

7.Cuaca/ Musim
-panas dan lembap di Malaysia dan Thailand

8.Bentuk Muka Bumi
-

9.Bentuk Muka Dan Persekitaran
-

10.Peristiwa Menggelikan Hati
-

11.Gambar Sekitar Thailand 

-